Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Papan Kekunci BlackBerry dan menaip

background image

Papan Kekunci BlackBerry dan menaip

Berkomunikasi dengan seluruh dunia dengan menaip mesej, e-mel dan dokumen menggunakan Papan
Kekunci BlackBerry. Anda boleh menaip dengan cekap dengan mencipta pintasan teks tersuai dan
menghidupkan ramalan, pembetulan dan semak ejaan. Selepas anda menyediakan keutamaan papan
kekunci anda, ketahuilah cara untuk memotong, menyalin dan menampal teks, dan memadam
perkataan. Jika anda menghidupkan ramalan, anda boleh memilih cadangan perkataan yang muncul
semasa anda menaip. Anda juga boleh menyediakan atau menukar paparan, menaip, papan kekunci
dan bahasa input suara.