Memadam pintasan papan kekunci
Anda boleh memadam pintasan papan kekunci daripada kekunci pada peranti BlackBerry anda,
bergantung kepada keperluan dan keutamaan peribadi anda.
Petua: Jika anda ingin menggantikan pintasan sedia ada untuk kekunci tertentu, anda boleh menukar
pintasan kekunci tersebut selain memadam pintasan.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Pintasan dan Dail Pantas.
3. Ketik dan tahan pintasan papan kekunci sedia ada.
4. Ketik Padam.