
Memilih cadangan perkataan yang dipaparkan semasa anda menaip
Peranti BlackBerry anda direka bentuk untuk mempelajari apa yang biasa anda sebut dan di mana anda
biasa menyebutnya dalam ayat. Peranti anda menggunakan maklumat ini untuk cuba meramal
perkataan yang mungkin anda taipkan seterusnya. Semasa anda berhenti menaip seketika, perkataan
yang dicadangkan dipaparkan di atas Papan Kekunci BlackBerry. Anda boleh memilih perkataan yang
dicadangkan dengan mengetik padanya.