Memilih teks menggunakan Papan Kekunci BlackBerry
Papan Kekunci BlackBerry menyediakan beberapa cara untuk menyerlahkan dan memilih teks.
1. Serlahkan teks yang anda ingin pilih:
• Pada skrin, sentuh dan tahan perkataan.
2. Untuk mengembangkan pemilihan teks, lakukan salah satu perkara berikut:
• Untuk memilih lebih banyak teks secara automatik, terus sentuh dan tahan teks di skrin. Pilihan
anda mengembang daripada perkataan kepada ayat, dan daripada ayat kepada perenggan
selama mana anda menahan.
• Ketik untuk mengembangkan pemilihan kepada perkataan.
Tetapan
Panduan Pengguna
174
• Ketik untuk mengembangkan pemilihan kepada seluruh perenggan.
• Untuk memilih lebih banyak teks yang diterbitkan, seperti dalam pelayar atau fail PDF, gerakkan
pemegang penunjuk kursor untuk menyerlahkan seluruh bahagian teks.
• Untuk memilih lebih banyak teks dalam editor teks, seperti mesej e-mel, letakkan kursor pada
permulaan teks yang anda ingin pilih. Sentuh dan tahan
dan seret bulatan kepentingan di skrin
untuk menyerlahkan seluruh bahagian teks.
Untuk menolak pilihan, ketik di mana sahaja di atas skrin.