Matikan label ikon dalam bar tindakan
Secara lalai, label muncul di bawah ikon dalam bar tindakan di bahagian bawah skrin. Label mengenal
pasti dan menjelaskan tindakan pengenalan yang tersedia untuk anda. Jika anda mematikan tetapan ini,
label ikon tidak muncul melainkan anda menyentuh dan menahan ikon dalam bar tindakan.
Petua: Anda boleh luncurkan jari anda di antara ikon untuk melihat label. Untuk mengelak daripada
memilih pilihan, luncurkan jari anda di luar bar tindakan.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Paparan.
3. Matikan suis Sentiasa Tunjukkan Label Ikon.