Penyelesaian masalah: Mod Hotspot Mudah Alih
Saya tidak dapat menggunakan peranti saya sebagai hotspot mudah alih
• Semak untuk memastikan anda disambungkan ke rangkaian mudah alih. Jika muncul di penjuru
atas sebelah kanan skrin utama, maka rangkaian mudah alih hidup dan disambungkan.
• Semak bahawa pelan perkhidmatan wayarles anda disediakan untuk menggunakan mod Hotspot
Mudah Alih. Jika tidak, anda perlu menukar pelan perkhidmatan anda sebelum mod Hotspot Mudah
Alih dapat berfungsi pada peranti BlackBerry anda.
• Pembekal perkhidmatan wayarles anda mungkin tidak membenarkan penggunaan mod Hotspot
Mudah Alih semasa dalam perayauan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, semak pelan
perkhidmatan anda atau hubungi pembekal perkhidmatan wayarles anda.
• Jika pelan perkhidmatan wayarles anda menyokong penggunaan mod Hotspot Mudah Alih ketika
perayauan, pada skrin tetapan
Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Rangkaian Mudah Alih,
pastikan suis
Perkhidmatan Data dihidupkan dan pilihan dalam senarai juntai bawah Perkhidmatan
data semasa perayauan ditetapkan kepada Hidup.
Tetapan
Panduan Pengguna
168
• Jika anda menggunakan peranti anda untuk kerja, organisasi anda mungkin tidak membenarkan
penggunaan mod Hotspot Mudah Alih. Untuk maklumat selanjutnya, semak dengan pentadbir anda.
Saya tidak dapat menyambungkan berbilang peranti pada hotspot mudah alih saya
Bergantung pada pelan perkhidmatan wayarles anda, anda mungkin tidak dapat menyambungkan
berbilang peranti pada hotspot mudah alih anda atau bilangan peranti yang anda boleh sambungkan
mungkin kurang daripada lapan.