Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Memantau penggunaan data wayarles anda

background image

Memantau penggunaan data wayarles anda

Anda boleh menyemak berapa banyak data yang anda telah gunakan melalui rangkaian mudah alih anda
atau rangkaian Wi-Fi anda. Anda juga boleh memantau aplikasi dan perkhidmatan yang paling banyak
menggunakan data dan anda boleh menutup beberapa aplikasi bagi membantu mengurangkan
penggunaan data anda atau meningkatkan prestasi peranti. Bergantung pada pembekal perkhidmatan
wayarles anda, ciri ini mungkin tidak tersedia.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Pengurus Aplikasi > Pemantau Peranti.
3. Ketik .
4. Ketik Data Mudah Alih atau Wi-Fi.
5. Ketik aplikasi atau perkhidmatan.