Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Apa itu NFC?

background image

Apa itu NFC?

Ciri NFC mungkin tidak tersedia, bergantung pada pembekal perkhidmatan wayarles anda, tetapan
pentadbir anda dan model peranti BlackBerry anda.

NFC ialah teknologi wayarles jarak dekat yang direka bentuk untuk membolehkan nada berkongsi
kandungan dan maklumat tanpa perlu peranti anda berpasangan dengan peranti didayakan NFC yang
lain. Beberapa cara menarik untuk anda gunakan NFC termasuk:

• Bertukar-tukar kad kenalan dengan rakan baru atau rakan perniagaan.
• Hantar gambar rakan anda.
• Ambil kupon dari poster yang anda lihat di jalan raya.
• Hantar halaman web yang sedang anda lihat kepada rakan.
• Menambah rakan pada kenalan BBM anda.
• Salin maklumat tag pintar ke tag NFC.
• Sambung ke pencetak didayakan NFC untuk mencetak atau mengimbas fail.

Beberapa aplikasi NFC ini direka bentuk untuk menyelakukan kad fizikal, seperti kad kredit, pas transit
awam atau lencana akses. Jika aplikasi dibuka di peranti anda, hanya ketuk belakang peranti anda pada
pembaca NFC dan mulakan. Beberapa contoh yang anda boleh lakukan menggunakan aplikasi NFC
termasuk:

• Bayar minuman kopi pagi anda tanpa mengeluarkan dompet.
• Bayar tiket bas atau kereta api bawah tanah yang anda naiki.
• Peroleh akses ke bangunan anda apabila anda pergi kerja.

Ini hanyalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan dengan NFC. NFC boleh digunakan dalam
pelbagai cara bergantung kepada aplikasi yang dipasang pada peranti anda dan keserasian NFC pada
peranti lain.

Hidupkan NFC

Ciri NFC mungkin tidak tersedia, bergantung pada pembekal perkhidmatan wayarles anda, tetapan
pentadbir anda dan model peranti BlackBerry anda.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > NFC.
3. Hidupkan suis Kesambungan NFC.

Tetapan

Panduan Pengguna

163