Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Penyelesaian masalah: NFC

background image

Penyelesaian masalah: NFC
Aplikasi yang salah dibuka apabila saya menggunakan pembaca NFC

Aplikasi yang salah mungkin dibuka kerana ia ditetapkan sebagai aplikasi lalai untuk digunakan dengan
pembaca NFC.

Anda mungkin perlu mengeluarkan atau menetapkan semula aplikasi lalai untuk pembaca NFC. Ketik
Tetapan > Pengurus Aplikasi > Aplikasi Lalai untuk mengeluarkan aplikasi sebagai aplikasi lalai untuk
pembaca NFC. Lain kali apabila anda mengetuk peranti anda pada pembaca NFC, tetapkan aplikasi
pilihan sebagai aplikasi lalai.

NFC tidak berfungsi seperti yang diharapkan

Jika anda cuba berkongsi fail menggunakan sambungan NFC atau tag pintar semasa peranti anda
dikunci dan lampu latar dimatikan, atau semasa kuasa dimatikan, NFC tidak akan berfungsi. Tetapan di
bahagian

Benarkan Transaksi Kad NFC bagi skrin NFC tidak digunakan untuk pemindahan fail NFC

atau ciri tag pintar.

Anda boleh menyediakan peranti anda agar menjalankan beberapa aplikasi NFC semasa peranti anda
dikunci dan lampu latar dimatikan, atau semasa kuasa dimatikan. Dalam tetapan NFC, pilihan

Apabila

dikunci atau lampu latar dimatikan digunakan untuk aplikasi NFC yang menyelakukan transaksi kad
fizikal, (contohnya, pembayaran kad kredit atau lencana keselamatan yang membenarkan akses ke
bangunan selamat), dan transaksi NFC yang dikendalikan oleh kad SIM anda. Pilihan

Apabila peranti

dimatikan hanya digunakan untuk transaksi NFC yang dikendalikan oleh kad SIM anda.