Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Menyelesaikan masalah: Rangkaian mudah alih

background image

Menyelesaikan masalah: Rangkaian mudah alih
Saya tidak dapat menyambung ke rangkaian mudah alih

Cuba penyelesaian berikut:

• Semak untuk memastikan mod pesawat dimatikan. Jika mod pesawat hidup, pilihan untuk

menghidupkan rangkaian mudah alih tidak tersedia. Untuk mematikan mod pesawat, pada skrin
utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan. Matikan suis Mod Pesawat .

• Semak untuk memastikan sambungan rangkaian wayarles dihidupkan. Untuk menyemak sambungan

anda, pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan > Rangkaian dan

Sambungan > Rangkaian Mudah Alih. Semak untuk memastikan suis Rangkaian Mudah Alih
dihidupkan.

• Semak untuk memastikan peranti BlackBerry anda disambungkan ke rangkaian pembekal

perkhidmatan anda. Jika anda menukar rangkaian wayarles secara manual, peranti anda kekal
disambungkan ke rangkaian wayarles itu sehingga anda memilih semula rangkaian pembekal
perkhidmatan anda.

• Jika peranti anda menggunakan kad SIM, sahkan bahawa ia telah dimasukkan dengan betul ke

dalam peranti anda.

• Jika peranti anda biasanya menyambung ke rangkaian CDMA dan peranti anda menyokong

perayauan antarabangsa, semak untuk memastikan peranti anda berada dalam mod perayauan dan
kad SIM anda telah dimasukkan dengan betul ke dalam peranti anda.

• Hubungi pembekal perkhidmatan anda untuk menyemak sama ada peranti anda dikunci oleh

rangkaian. Jika peranti anda dikunci oleh rangkaian, peranti anda boleh membuat sambungan
rangkaian mudah alih hanya dengan pembekal perkhidmatan anda sekarang. Minta kod buka kunci
daripada pembekal perkhidmatan anda. Ketik

Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kad SIM.

Dalam bahagian

Kunci Rangkaian Telefon, ketik item yang dikunci. Masukkan kod buka kunci.