Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Perayauan

background image

Perayauan

Dalam kebanyakan kes, peranti BlackBerry anda bersambung dengan rangkaian wayarles yang sesuai
apabila anda berjalan di luar kawasan liputan pembekal perkhidmatan wayarles anda. Dalam sesetengah
kes, anda perlu menghubungi pembekal anda supaya kad SIM atau peranti anda dapat diperuntukkan

Tetapan

Panduan Pengguna

146

background image

dengan betul. Jika anda tidak pasti sama ada peranti anda telah disediakan untuk perayauan atau kadar
bayaran perayauan yang akan dikenakan, adalah lebih baik sekiranya anda menyemak dengan
pembekal perkhidmatan wayarles sebelum anda membuat perjalanan.

Tukar rangkaian wayarles secara manual

Peranti BlackBerry anda direka bentuk supaya bertukar ke rangkaian wayarles yang sesuai secara
automatik semasa anda berjalan tetapi anda mungkin perlu cuba menukar rangkaian secara manual jika
anda menghadapi masalah untuk bersambung atau jika isyarat rangkaian lemah.

Untuk bertukar rangkaian wayarles secara manual, pelan perkhidmatan wayarles anda mestilah
menyertakan perkhidmatan ini dan peranti anda hendaklah disambungkan ke rangkaian GSM atau
UMTS.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Rangkaian Mudah Alih.
3. Jika suis Rangkaian Mudah Alih dimatikan, hidupkannya.
4. Dalam senarai juntai bawah Mod Pemilihan Rangkaian, ketik Manual.
5. Apabila peranti anda selesai mengimbas rangkaian, ketik rangkaian.

Matikan perkhidmatan data semasa dalam perayauan

Bergantung pada pelan perkhidmatan wayarles anda, anda mungkin dapat mematikan perkhidmatan
data (mesej e-mel, mesej PIN, SMS dengan lampiran dan perkhidmatan pelayar) pada peranti
BlackBerry anda supaya hanya telefon dan pemesejan teks asas sahaja yang tersedia. Mematikan
perkhidmatan data semasa dalam perayauan mungkin menghalang anda daripada menerima caj
perayauan tambahan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pembekal perkhidmatan wayarles
anda.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Rangkaian Mudah Alih.
3. Jika suis Rangkaian Mudah Alih dimatikan, hidupkannya.
4. Dalam senarai juntai bawah Perkhidmatan data semasa dalam perayauan, ketik Mati atau Gesa.