Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Membenarkan peranti didayakan Bluetooth untuk mengakses kenalan anda

background image

Membenarkan peranti didayakan Bluetooth untuk mengakses kenalan anda

Anda boleh membenarkan peranti didayakan Bluetooth yang menyokong Profil Akses Buku Telefon
(PBAP) untuk mengakses maklumat kenalan dalam aplikasi Kenalan di peranti BlackBerry anda.
Contohnya, jika anda membenarkan akses kepada semua kenalan anda, apabila peranti anda
berpasangan dengan kit kereta didayakan Bluetooth dan menerima panggilan daripada kenalan, kit
kereta anda boleh memaparkan nama pemanggil.

Apabila anda membenarkan akses kepada maklumat kenalan anda:

Tetapan

Panduan Pengguna

157

background image

• Jika sebelum ini peranti BlackBerry anda yang berpasangan dan bersambung menjalankan

BlackBerry 10 OS versi 10.3.0 atau lebih lama dengan peranti didayakan Bluetooth, seperti kit kereta,
peranti didayakan Bluetooth secara automatik mengakses maklumat kenalan pada peranti anda.

• Pada kali pertama peranti anda yang menjalankan BlackBerry 10 OS versi 10.3.1 atau lebih baru

dipasangkan dan disambung dengan peranti Bluetooth yang aktif, seperti kit kereta, anda menerima
pemberitahuan di peranti BlackBerry yang meminta anda mengesahkan bahawa anda membenarkan
akses kepada maklumat kenalan anda.

Membenarkan akses kepada kenalan anda

Peranti didayakan Bluetooth mesti menyokong Profil Akses Buku Telefon (PBAP).

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Bluetooth > .
3. Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Untuk membenarkan akses kepada maklumat kenalan anda, dalam senarai juntai bawah

Akses

Buku Alamat, ketik nama kumpulan kenalan atau Semua.

• Untuk mencipta kumpulan kenalan yang boleh diakses peranti didayakan Bluetooth, dalam

senarai juntai bawah

Akses Buku Alamat, ketik Cipta Kumpulan Kenalan > Kumpulan Baru.

Lengkapkan arahan pada skrin.

Untuk menghentikan akses kepada maklumat kenalan anda, dalam senarai juntai bawah

Akses Buku

Alamat, ketik Tiada.