Mengakses fail pada kad media anda daripada peranti luaran
Untuk menggunakan ciri Mod Storan Massa USB, anda mesti mempunyai kad media dalam peranti
BlackBerry anda.
Mod Storan Massa USB direka bentuk untuk membolehkan anda menggunakan peranti anda sebagai
pemacu USB. Menggunakan kabel USB, anda boleh menyambung peranti anda ke komputer, stereo
kereta atau peranti luaran lain dan mengakses fail di kad media anda. Apabila anda menghidupkan Mod
Storan Massa USB dan menyambungkan peranti anda ke komputer menggunakan kabel USB, peranti
anda muncul pada komputer sebagai peranti storan boleh alih.
Nota: Apabila Mod Storan Massa USB dihidupkan dan peranti anda disambungkan ke peranti luaran
menggunakan kabel USB, aplikasi pada peranti anda tidak boleh mengakses fail di kad media anda.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > USB.
3. Hidupkan suis Mod Storan Massa USB.