Menghalang akses kepada data di peranti anda ketika mengecas
Ciri Mod Cas Sahaja direka untuk menghalang akses kepada data di peranti BlackBerry anda apabila
menggunakan kabel USB untuk mengecas peranti anda. Ciri ini berguna jika anda sering berjalan dan
mengecas peranti anda di stesen pengecasan awam.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > USB.
3. Hidupkan suis Mod Cas Sahaja.