Penyelesaian masalah: Sambungan USB
Peranti saya tidak dikenali semasa saya menyambungkannya ke komputer saya
Jika komputer anda tidak mengesan peranti BlackBerry anda secara automatik, cuba yang berikut:
• Periksa kabel USB dan tempat penyambungan.
• Pertimbangkan untuk mengemas kini atau memasang pemacu peranti pada komputer anda. Apabila
anda menyambungkan peranti ke komputer anda, komputer anda secara automatik akan menggesa
anda untuk memasang pemacu terkini. Jika tidak, pemacu yang anda perlukan dipasangkan semasa
anda memuat turun BlackBerry Link atau BlackBerry Blend. Untuk memuat turun BlackBerry Link,
pada komputer anda, lawati
www.blackberry.com/BlackBerryLink
. Untuk memuat turun
BlackBerry Blend, pada komputer anda, lawati
www.blackberry.com/BlackBerryBlend
.