Padamkan rangkaian Wi-Fi yang disimpan
Peranti BlackBerry anda boleh menyimpan sehingga 64 rangkaian yang disimpan. Jika anda mempunyai
banyak rangkaian yang disimpan pada peranti anda dan anda tidak menggunakan kesemuanya, anda
boleh memadamkan sesetengah rangkaian itu supaya skrin Rangkaian Yang Disimpan anda lebih
kemas. Memadamkan rangkaian yang disimpan yang menggunakan SSID tersembunyi juga boleh
membantu memulihara hayat bateri.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Wi-Fi.
3. Semak untuk memastikan suis Wi-Fi dihidupkan.
4. Ketik .
5. Ketik dan tahan rangkaian yang hendak dipadamkan.
6. Ketik .