Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Penyelesaian masalah: Wi-Fi

background image

Penyelesaian masalah: Wi-Fi
Saya tidak dapat menyambung ke rangkaian Wi-Fi

Mulakan dengan menyemak isu asas ini:

• Semak untuk memastikan anda telah menghidupkan sambungan ke rangkaian Wi-Fi. Pada skrin

utama, leret ke bawah dari sebelah atas skrin. Sahkan bahawa ikon Wi-Fi muncul dengan warna biru.

• Semak untuk memastikan anda berada dalam kawasan liputan Wi-Fi. Jika anda menyambung ke

rangkaian rumah, lihat sama ada peranti wayarles lain dapat bersambung. Jika peranti lain tidak
dapat bersambung, anda mungkin perlu menetapkan semula penghala anda. Jika anda menyambung
ke rangkaian Wi-Fi tempat kerja atau hotspot, hubungi pentadbir anda atau pekerja di tempat hotspot
itu.

• Sambungan anda mungkin telah tamat masa. Cuba menyambung semula.

Tetapan

Panduan Pengguna

153

background image

• Jika rangkaian Wi-Fi yang anda inginkan tidak kelihatan pada skrin tetapan Wi-Fi, rangkaian itu

mungkin tersembunyi. Jika anda tahu nama rangkaian itu, cuba menyambung ke rangkaian Wi-Fi itu
secara manual.

• Semak untuk memastikan mod Hotspot Mudah Alih dimatikan. Jika mod Hotspot Mudah Alih

dihidupkan, peranti anda tidak boleh menyambung ke rangkaian Wi-Fi.

Jika tiada satu pun daripada cadangan di atas dapat menyelesaikan isu sambungan anda, cuba pilihan
penyelesaian masalah lanjutan ini:

• Semak untuk memastikan masa pada peranti BlackBerry anda disegerakkan dengan masa rangkaian.

Jika masanya berbeza, ia boleh menghalang peranti anda daripada menyambung (contohnya, jika
menyambung ke rangkaian memerlukan anda memiliki sijil pada peranti anda dan sijil itu mempunyai
tarikh tamat tempoh).

• Jika anda menukar rangkaian Wi-Fi secara manual, cuba menukar ke rangkaian Wi-Fi lain.
• Jika akaun e-mel anda adalah akaun kerja, peranti anda mungkin menghalang sambungan ke titik

akses wayarles tertentu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pentadbir anda.

Masih tidak dapat disambungkan? OK, cuba yang berikut:

• .Semak untuk memastikan tetapan untuk rangkaian Wi-Fi adalah betul. Untuk mengetahui tetapan

mana yang hendak digunakan, untuk rangkaian rumah, rujuk pada maklumat yang disertakan dengan
penghala anda; untuk rangkaian Wi-Fi tempat kerja, hubungi pentadbir anda; untuk hotspot awam,
rujuk pada mana-mana maklumat yang disediakan untuk hotspot itu atau berbincang dengan pekerja
di tempat hotspot itu yang mungkin mempunyai butiran tentang cara untuk bersambung.

• Jika anda menggunakan tetapan

Tekan butang WPS pada Penghala dalam Wi-Fi Protected Setup,

pastikan Wi-Fi penghala menggunakan Wi-Fi Protected Setup, dan ia ditetapkan untuk menghantar
profilnya. Sahkan bahawa peranti lain tidak mencuba untuk menyambung pada masa yang sama dan
tidak lebih daripada satu penghala Wi-Fi dalam liputan ditetapkan untuk menghantar profilnya. Untuk
maklumat selanjutnya, lihat maklumat yang didatangkan dengan penghala anda.

• Jika anda menggunakan PEAP, EAP-TLS, EAP-FAST atau EAP-TTLS untuk menyambung ke

rangkaian Wi-Fi, semak untuk memastikan anda telah memasang sijil akar untuk pelayan autoriti sijil
yang mencipta sijil itu untuk pelayan pengesahan. Sijil akar mesti dipasangkan pada peranti anda
sebelum anda boleh menyambung ke rangkaian. Untuk maklumat selanjutnya, hubungi pentadbir
anda.

• Jika anda menggunakan EAP-TLS untuk menyambung ke rangkaian Wi-Fi, semak untuk memastikan

anda telah memasang sijil pengesahan anda pada peranti anda. Sijil pengesahan mesti dipasangkan
pada peranti anda sebelum anda boleh menyambung ke rangkaian. Untuk maklumat selanjutnya,
hubungi pentadbir anda.

• Jika anda perlu menghubungi wakil sokongan, anda boleh mengakses maklumat diagnosis dengan

mengetik

pada skrin tetapan

Wi-Fi. Untuk menyalin maklumat log untuk dihantar kepada wakil

sokongan anda, dan senarai juntai bawah

Maklumat Diagnosis, ketik Log. Ketik Salin Log.

Tetapan

Panduan Pengguna

154