Sambung ke peranti lain menggunakan Wi-Fi Direct
Pada peranti BlackBerry yang anda ingin sambungkan, pada skrin tetapan Wi-Fi, tab
Wi-Fi Direct mesti
dipilih. Untuk menyambung ke jenis peranti Wi-Fi CERTIFIED yang lain, lihat dokumentasi peranti
tersebut.
Wi-Fi Direct boleh membenarkan peranti anda menyambung ke peranti BlackBerry lain tanpa
menggunakan pusat akses atau penghala supaya anda boleh berkongsi fail, seperti fail media, tanpa
sambungan Internet.
Nota: Walaupun anda boleh menggunakan Wi-Fi Direct untuk menyambung peranti anda ke jenis
peranti Wi-Fi CERTIFIED yang lain, aplikasi di peranti anda mungkin tidak dapat berkongsi fail dengan
peranti lain.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Wi-Fi.
3. Jika suis Wi-Fi dimatikan, hidupkan suis.
4. Ketik Wi-Fi Direct.
5. Ketik peranti yang anda ingin sambung.
Untuk membuka sambungan Wi-Fi Direct, peranti yang anda ingin sambungkan mesti menerima
jemputan untuk menyambung.