Porsche Design P 9983 from BlackBerry - Tambah profil VPN

background image

Tambah profil VPN

Anda memerlukan sambungan Wi-Fi atau VPN sebelum anda boleh menambah profil VPN baru.

Profil VPN mengandungi maklumat yang anda perlukan untuk log masuk ke rangkaian organisasi anda
melalui VPN atau sambungan Wi-Fi. Anda mungkin mempunyai satu atau lebih profil VPN pada peranti
BlackBerry anda, bergantung kepada pilihan yang ditetapkan untuk anda oleh pentadbir anda.

Jika anda menggunakan akaun kerja yang disokong oleh penyelesaian Enterprise Mobility Management
daripada BlackBerry, beberapa profil VPN mungkin ditambahkan secara automatik dan anda tidak perlu
menambah profil VPN secara manual. Jika anda tidak melihat pilihan untuk menambah profil VPN
bermakna pentadbir anda telah mematikan sambungan jenis ini.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari sebelah atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > VPN > .
3. Lengkapkan medan. Jika anda tiada maklumat yang diperlukan, hubungi pentadbir anda.
4. Ketik Simpan.